Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Live@PTAR Melaka : Ramadan Bersama Palestin

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

19 Mei 2020 - "RAMADAN di Palestin kali ini lebih getir kerana bukan sahaja berhadapan dengan rejim zionis malah diancam wabak pandemik Covid-19," kata Pengerusi Aman Palestin Melaka, Muhammad Zulfikar.

Muhammad Zulfikar berkata demikian ketika program 'Ramadan Bersama Palestin' secara dalam talian anjuran Perpustakaan Tun Abd Razak (PTAR) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka hari ini.

Menurutnya, perkongsian selama hampir dua jam itu memberi penjelesan berhubung situasi semasa di penghujung Ramadan di Palestin.

"Susulan pandemik wabak Covid-19 menjadikan situasi bertambah sukar untuk dilalui selain kekurangan makanan dan perubatan.

"Malah ada kediaman mereka diroboh dan rakyat mereka terus menderita terutama warga emas dan kanak kanak. Namun mereka melalui dengan tenang walaupun berdepan pelbagai ancaman keselamatan dan nyawa. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kita lalui sudah dilalui mereka sejak dahulu lagi.

Muhammad Zulfikar berkata, dia gembira program berkenaan turut disertai kakitangan UiTM Johor dan Pahang yang berkongsi maklumat keperluan hidup warga Palestin.

Sementara itu , Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Melaka, Noor Hayati Abu Kassim berkata perkongsian berkaitan perkembangan semasa masyarakat Palestin dijadikan sebagai pengajaran dan pendidikan yang boleh dijadikan panduan .

Beliau berkata, lebih 30 peserta termasuk PTAR Kampus Jasin dan Kampus Bandaraya berkesempatan mengikuti program ini samada yang berada di rumah atau di pejabat.

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020