Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Jom Baca Bersama

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

C:\Users\user\Desktop\PROMOSI@PTARMELAKA\JOM BACA BERSAMA\IMG_0875.JPG
C:\Users\user\Desktop\PROMOSI@PTARMELAKA\JOM BACA BERSAMA\IMG_0878.JPG
C:\Users\user\Desktop\PROMOSI@PTARMELAKA\JOM BACA BERSAMA\IMG_0874.JPG
C:\Users\user\Desktop\PROMOSI@PTARMELAKA\JOM BACA BERSAMA\IMG_0880.JPG
C:\Users\user\Desktop\PROMOSI@PTARMELAKA\JOM BACA BERSAMA\IMG_0877.JPG

 

Pada 23 April 2020, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Melaka telah menyertai dan menyokong program Jom Baca Bersama. Program ini dianjurkan sempena Hari Buku Sedunia merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia (MPAM) Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Justeru, pada pukul 11 pagi hari Khamis, 23 April 2020, semua individu dan komuniti adalah di pohon untuk berhenti sebentar dari melakukan apa jua pekerjaan atau aktiviti untuk MEMBACA apa jua bahan bacaan.

Seramai 162 orang yang telah daftar menyertai program ini. Di sini kami adakan secara maya dengan meminta bantuan dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah dan Bandaraya untuk membuat hebahan dengan menggunakan medium sosial media untuk memberitahu kepada semua pelajar yang berada di mana-mana sahaja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menyertai program 'Jom Baca Bersama'. Selain itu, kami juga menghebahkan SAVE THE DATE: PROGRAM JOM BACA BERSAMA melalui sosial media seperti Facebook, Instagram, Twitter dan juga email. Usaha ini akan kami teruskan untuk tahun akan datang dengan lebih ramai penyertaan untuk menyokong program ini.

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020