Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

eLATIHAN: TAKLIMAT PENGENALAN KETIDAKUPAYAAN WARGA OKU UiTM

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 

Assalamualaikum wbt

Tuan/Puan

JEMPUTAN MENYERTAI eLATIHAN: TAKLIMAT PENGENALAN KETIDAKUPAYAAN WARGA OKU UiTM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam akan menganjurkan eLatihan seperti ketetapan berikut:

    Tajuk        : Taklimat Pengenalan Ketidakupayaan Warga OKU UiTM

    Tarikh       : 2 Mac 2022 (Rabu)

    Masa        : 2.30 - 4.30 petang

    Platform    : Cisco Webex

    Penceramah : Ts. Dr. Roslinda binti Alias, Pengarah, Unit Perkhidmatan OKU UiTM

    Pautan: https://uitm.webex.com/uitm/j.php?MTID=m8c0c61cc8d239e166e5afc444ba7a324    

Objektif penganjuran latihan adalah untuk:

1.     Mendapatkan penerangan tentang OKU di UiTM.

2.     Membezakan terma ketidakupayaan dengan kekurangan/kecacatan.

3.     Menerangkan isu-isu OKU daripada sudut dalaman (psikologi) dan luaran (psikososial) termasuk budaya hidup.

4.     Membincangkan isu-isu berkaitan OKU di Malaysia dari aspek perundangan, kebajikan dan hak-hak OKU di UiTM.

Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk menyertai eLatihan ini.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan di dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

**Mohon kerjasama tuan/puan untuk memanjangkan jemputan ini kepada staf di jabatan/bahagian masing-masing.

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020