Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

PAMERAN MAYA: SEJARAH ISRAK & MIKRAJ

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
PAMERAN MAYA: SEJARAH ISRAK & MIKRAJ
Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah menjalankan pameran maya bertajuk “Sejarah Israk dan Mikraj”. Pameran ini diadakan sempena memperingati peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah. Pada 1 Mac 2022, peristiwa ini disambut oleh orang Islam di Malaysia bagi memperingati peristiwa yang sangat luar biasa yang telah dilalui Rasulullah S.A.W. pada tahun ke-11 kerasulan Baginda.
 
Objektif pameran ini diadakan bagi memperingati peristiwa Nabi Muhammad S.A.W. berjalan malam dari al-Masjid al-Haram ke al- Masjid al-Aqsa. Peristiwa ini memberi kita banyak peringatan untuk dihayati oleh seluruh umat manusia supaya kita sentiasa berpegang teguh akan suruhan dan larangan Allah SWT. Selain itu, secara tidak langsung pameran ini dapat menerapkan dan menggalakkan budaya membaca dikalangan rakyat Malaysia. Pameran maya ini boleh diakses di laman sesawang PTAR UiTM Cawangan Melaka di bahagian Virtual Exhibition

 

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020