Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit PTAR UiTM Cawangan Melaka

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku.
 
Program Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan satu daripada kegiatan utama gerakan Dekad Membaca Kebangsaan 2020 – 2030 dengan slogan #MalaysiaMembaca. Program ini bertujuan untuk mendorong warga UiTM Cawangan Melaka untuk membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan. 
 
Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini berlangsung serentak di seluruh negara bertujuan untuk menerapkan nilai dan budaya cinta akan buku dan cinta akan ilmu.
 
Pada 18 Mei 2023, jam 11.00 pagi - 11.10 pagi, jom semua warga UiTM Cawangan Melaka berhenti sebentar daripada melakukan sebarang pekerjaan atau aktiviti untuk membaca apa-apa juga bahan bacaan selama 10 minit. Pihak yang terlibat juga dialu-alukan untuk menghantar gambar masing-masing di dalam borang penyertaan. 
 
MARILAH KITA BERSAMA -  SAMA MENJAYAKANNYA
 
Tarikh : 18 Mei 2023  | Khamis
Masa : 11.00 Pagi - 11.10 Pagi
Peserta : Terbuka kepada semua Warga UiTM Cawangan Melaka
 
 
 
#ptaruitmmelakamembaca 
#jombaca10minit
#bacabinainsan
#bangsamembacabangsaberjaya
© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020