Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Setinggi-tinggi Penghargaan & Terima Kasih Ketua Pustakawan UiTM

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku.
 
Warga PTAR UiTM Cawangan Melaka ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman, Ketua Pustakawan, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM yang mula bersara wajib pada 15 Mei 2023. Terima kasih diatas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti tuan di Perpustakaan Tun Abdul Razak sepanjang berkhidmat. Segala pengorbanan, nasihat, tunjuk ajar serta dorongan yang diberikan akan menjadi panduan bagi kami terus memberikan perkhidmatan terbaik buat PTAR UiTM Cawangan Melaka.
 
Berasah parang bersepuh lama
Menjadi senjata pahlawan handal
Susah senang ditempuh bersama
Menjadi jasa buat yang tinggal
 
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan kami tidak lupa
Sudah terpahat di dalam hati
 
Dari mana hendak kemana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi 
 
Selamat Bersara Encik Jamalludin.
 
 

 

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020