Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku.
 
YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof /Dr./Tuan/Puan, 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa PTAR UiTM Cawangan Melaka ingin menjemput warga UiTM Cawangan Melaka ke Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka pada ketetapan berikut:

Tarikh : 6 Jun 2023 - 7 Jun 2023 (Selasa - Rabu)
Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang
Lokasi : PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah
Peserta : Terbuka kepada warga UiTM Cawangan Melaka
 
Untuk makluman Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka ini adalah untuk menyokong Perancangan Strategi Perpustakaan UiTM 2023, berdasarkan agenda Globally Marketable - Turning Globally Marketable Staff. Diharapkan dengan adanya program ini akan memberi kesedaran kepada warga UiTM Cawangan Melaka tentang peranan dan kepentingan Unit Arkib Cawangan Melaka, disamping memberi kesedaran tentang pengurusan rekod penting Universiti.
 
Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput semua warga UiTM Cawangan Melaka untuk menghadiri program yang akan diadakan ini. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pihak puan boleh menghubungi Cik Ilya Nur Fateen binti Othman atau Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka di Whatsapp Business: http://www.wasap.my/+6065582081.

Kehadiran pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.
 
WhatsApp Busines Arkib: https://wa.me/6065582081
© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020