Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Kursus Asas Pengurusan Rekod & Fail

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku.

 

YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof /Dr./Tuan/Puan, 

 

Sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka, PTAR UiTM Cawangan Melaka akan menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Rekod & Fail Bersama Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) UiTM Cawangan Melaka yang akan diadakan pada ketentuan berikut :

 

Tarikh : 6 Jun 2023 - 7 Jun 2023 (Selasa - Rabu)

Masa: 8.00 Pagi - 5.00 Petang

Lokasi: Ruang Santai Point, PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Peserta : PRJ & PTRJ UiTM Cawangan Melaka

 

Objektif penganjuran taklimat adalah untuk:

 

  1. Mengetahui asas pengurusan fail dan rekod secara teori.
  2. Memberi kefahaman dalam tugas-tugas mengendalikan fail dan rekod.
  3. Memberi kefahaman tentang keperluan pengendalian rekod sepertimana yang diperuntukkan di dalam Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].
  4. Menambah kefahaman tentang peruntukan perundangan lain yang berkaitan dengan pengurusan fail dan rekod.
  5. Melaksanakan urusan sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.
  6. Mengaplikasi proses pengurusan rekod dengan betul mengikut standard dan panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia.

Semoga taklimat ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama PTJ di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.

 

Nota Taklimat: SILA KLIK DISINI

Tentatif Kursus : SILA KLIK DISINI

 

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Arkib Cawangan Melaka di pautan https://wa.me/6065582081

 

Sekian, terima kasih.

 

WhatsApp Busines Arkib: https://wa.me/6065582081

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020