Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Sesi Libat Urus PTAR bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM DiHatiku.
 
YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof /Dr./Tuan/Puan,
 
Sesi Libat Urus PTAR bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
 
PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah akan menjalankan Sesi Libat Urus PTAR bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka pada :
 
Tarikh : 23 Februari 2024 | Jumaat
Masa :  10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah
Peserta: Staf PTAR UiTM Cawangan Melaka bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
 
Objektif Sesi Libat Urus ini adalah :
 
1. Menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara PTAR dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
2. Mempromosikan perkhidmatan PTAR UiTM Cawangan Melaka
3. Membincangkan dan mendapatkan maklumbalas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan.
4. Perbincangan dua hala kerjasama antara PTAR dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka
 
Melalui sesi ini, PTAR sebagai sebuah perpustakaan akademik menaruh harapan tinggi agar dapat terus memainkan peranan penting bagi memastikan penyediaan perkhidmatan memenuhi teras UiTM dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.
 
 
© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020