Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

TAKLIMAT PENGURUSAN REKOD PRJ & PTRJ PTAR UiTM CAWANGAN MELAKA

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Arkib Cawangan Melaka akan menganjurkan Taklimat Pengurusan Rekod Kepada Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) PTAR, UiTM Cawangan Melaka pada ketetapan seperti berikut:

Tajuk        : Taklimat Pengurusan Rekod Kepada Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) PTAR, UiTM Cawangan Melaka
Tarikh       : 03 November 2022 (Khamis)
Masa        : 2.30 Petang

Peserta    : PRJ & PTRJ PTAR, UiTM Cawangan Melaka

Penceramah:

Cik Ilya Nur Fateen binti Othman

Pustakawan, Unit Arkib PTAR, UiTM Cawangan Melaka 

Objektif penganjuran kursus adalah untuk:

a. Mengetahui asas pengurusan fail dan rekod secara teori.

b. Memberi kefahaman dalam tugas-tugas mengendalikan fail dan rekod.

c. Memberi kefahaman tentang keperluan pengendalian rekod sepertimana yang diperuntukkan di dalam Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].

d. Menambah kefahaman tentang peruntukan perundangan lain yang berkaitan dengan pengurusan fail dan rekod.

e. Melaksanakan urusan sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.

f. Mengaplikasi proses pengurusan rekod dengan betul mengikut standard dan panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia.

Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri program ini. Kehadiran adalah DIWAJIBKAN kepada semua PRJ & PTRJ PTAR UiTM Cawangan Melaka dan sekiranya tidak dapat hadir mohon untuk memaklumkan kepada pihak Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka di Whatsapp Business: http://www.wasap.my/+6065582081 


For more information : 


© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020